Politik: Pilihlah Pemimpin Yang Beriman dan Bertaqwa

Ramai di antara orang Islam khususnya di Malaysia tidak berapa menghiraukan sangat tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang disyaratkan oleh Allah Subhana waTa’ala. Bila kita memilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa, insyaAllah kita selamat di dunia dan di akhirat. Kehidupan kita di dunia ini berkait rapat antara politik, sosial dan ekonomi. Ketiga-tiga aspek ini saling bergandingan dalam menentukan kebahagian dan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Ramai di kalangan orang Islam di Malaysia amnya, mereka tidak menghiraukan sifat-sifat yang disyaratkan oleh Allah SWT untuk diundi atau dipilih menjadi pemimpin mereka, tetapi apabila hidup mereka tertekan atau tertindas kerana tindakan pemimpin yang rakus dan tamak tadi, mereka akan mengatakan “ini sumer dah takdir”. Perbuatan mereka ini seolah-olah menyindir Allah. Allah murka kepada manusia seperti ini.

Advertisements

November 16, 2008 at 2:28 pm Leave a comment

Ekonomi: Apa yang perlu dibuat sebelum mengubahsuai rumah anda

Langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum mengubahsuai rumah kediaman anda:

  • Lukislah secara kasar penambahan yang perlu dibuat dari plan rumah yang asal.
  • Setelah yakin dengan pengubahsuaian itu, berjumpalah dengan pelukis plan atau arkitek untuk membuat plan yang sebenar
  • Mohon kelulusan pengubahsuaian rumah dari PBT di kawasan anda
  • Setelah kelulusan dikeluarkan, panggillah Jurukur Bahan (Quantity Surveyor) untuk membuat anggaran kos pengubahsuaian
  • Pastikan jumlah kos pengubahsuaian dan harga rumah anda tidak melebihi maksimum harga pasaran rumah di kawasan itu kerana ditakuti anda akan rugi jika menjualnya nanti
  • Carilah kontraktor binaan melalui CIDB atau dari recommendation kenalan anda. Gunakan anggaran yang dikeluarkan oleh jurukur bahan untuk mencari kontraktor yang murah tapi telus dan amanah
  • Buatlah satu perjanjian bertulis antara anda dan kontraktor tentang kos, tarikh siap dan segala pengubahsuaian dan hendaklah distem duti perjanjian tersebut
  • November 16, 2008 at 1:56 pm Leave a comment

    Ekonomi: Perancangan Belanjawan Bulanan Keluarga

    Banyak rumahtangga hari ini menjadi kecoh kerana masalah ketidakpuasan hati dalam perbelanjaan bulanan untuk keluarga mereka. Si isteri yang bekerja merasakan duit gajinya hanya dihabiskan kepada perbelanjaan bulanan untuk keluarganya manakala si suaminya hanya menghabiskan duit gaji untuk benda-benda yang tidak memberikan faedah kepada ahli keluarga mereka. Ada setengah lelaki suka menghabiskan duit dengan melawakan kereta atau membeli barangan personal yang mahal-mahal dan membiarkan si isteri pula menggunakan duit gajinya untuk membayar duit rumah dan segala perbelanjaan di rumah. Ketidakpuasan di kalangan isteri perlu diatasi sebelum isteri mula menjadi bosan dengan suaminya dan ini boleh menjejaskan hubungan rumahtangga mereka.

    Si suami perlu membentangkan belanjawan bulanan keluarga kepada isterinya dan perlu diberi ruang kepada si isteri untuk sebarang bantahan atau cadangan ke atas belanjawan. Jauhkan amalan memboros dalam merangka belanjawan anda. Sekiranya berlaku defisit (perbelanjaan lebih dari tampungan kewangan), kurangkanlah atau hapuskanlah mana-mana perbelanjaan yang tidak penting. Teramat baguslah jika si isteri dapat membantu suaminya untuk menyelesaikan defisit tersebut dengan keluar bekerja. Walau bagaimana pun, si suami mesti pastikan isterinya keluar bekerja seperti mana disyaratkan dalam Islam. Apabila isteri keluar bekerja untuk membantu kewangan keluarga, maka suami perlulah membantu tugas-tugas isteri di rumah sekiranya mereka tiada mempunyai pembantu rumah. Paling kurang si suami dapat menyapu lantai atau membasuh pinggan yang mungkin berlambak di dalam sink dapur.

    Anda boleh buka di sini Panduan Belanjawan Bulanan Keluarga
    budget sheet)

    November 15, 2008 at 11:04 am Leave a comment

    Ekonomi: Jangan kata Petani Malaysia Tak Loaded

    Maklumat purata tahunan pendapatan bagi sektor pertanian bagi seluruh negara dikutip pada tahun 2002 mengikut kelas aktiviti melaluipenyiasatan pendapatan isi rumah atau kemudahan asas yang telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

    Kelas Purata Pendapatan Setahun
    Penternak Unggas RM44,524
    Pemungut sarang burung RM135,252
    Petani pertanian campuran RM44,094
    Petani pisang RM22,853
    Penanam padi RM13,503

    December 2, 2008 at 4:39 am Leave a comment

    ASB : Hukum, Kadar Pulangan dan Kitaran Ekonomi Malaysia

    Hukum Melabur di Amanah Saham Bumiputra:
    Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
    Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.

    Kada Pulangan ASB dari Tahun 1990 hingga 2007

    Tahun Kadar Dividen Kadar Bonus
    1990 8.00% 6.00%
    1991 8.50% 4.00%
    1992 7.50% 5.00%
    1993 9.00% 4.50%
    1994 9.00% 4.50%
    1995 10.00% 3.00%
    1996 10.30% 3.00%
    1997 10.30% 1.30%
    1998 8.00% 2.50%
    1999 10.50% 1.50%
    2000 9.80% 2.00%
    2001 7.00% 3.00%
    2002 7.00% 2.00%
    2003 7.30% 2.00%
    2004 7.30% 2.00%
    2005 7.30% 1.80%
    2006 7.30% 1.30%
    2007 8.00% 1.00%

    Kitaran Ekonomi Malaysia dari 1983 hingga 2001

    Ekonomi Bagus Ekonomi Merosot
    Apr 1983 – Aug 1984 Aug 1984 – Mei 1987
    Mei 1987- Dis 1990 Dis 1990 – Oct 1993
    Oct 1993 – Aug 1997 Aug 1997 – Nov 1998
    Nov 1998 – Sep 2000 Sep 2000 – Dis 2001

    Kalau kita lihat pada kitaran ekonomi Malaysia dan kadar pulangan dividen ASB, kadar minimum dividen ialah 7%.
    Cara Pengiraan Pulangan ASB
    Pengiraan berdasarkan kepada baki minima ASB dalam sebulan.

  • Kadar tahunan dividen hendaklah dibahagikan dengan 12 untuk mendapatkan kadar bulanan.
  • Darabkan kadar bulanan dengan baki minima sebulan
  • Campurkan semua dividen setiap bulan sampai bulan Disember
  • December 1, 2008 at 8:25 am Leave a comment

    Ekonomi: Dapat “Cash Rebate” Bila Guna Kredit Kad

    Kalau pandai menggunakan kredit kad, punyalah untung. Tak ada yuran tahunan dan tak perlu bayar sebarang servis caj kalau bayar penuh setiap kali datang bil. Janganlah gunakan kredit kad macam si kudung dapat cincin. Bayangkanlah tak perlu bayar sebarang caj selama 40 hari. Contohya, andainya tarikh bil kredit kad ditutup pada 1 haribulan setiap bulan dan tarikh matang kena bayar ialah 21 haribulan. Kalau transaksi dibuat pada 2hb, maka anda ada 48 hari untuk bayar balik tanpa sebarang caj. Yang paling bagus ialah bila gunakan kredit kad pada tempoh dan tempat yang tertentu, dapat pula potongan balik pula. Di sini saya sertakan nama kredit kad yang tawarkan potongan balik wang (Cash Rebate)

  • Kredit Kad Maybank:
    Jumlah Peratus Potongan: 10% pada hari Selasa , 5% hari lain
    Syarat: Setiap belian lebih RM 50
    Tempat: Carrefour Hypermarket di seluruh Malaysia
    Tempoh Promosi: 1 September 2008 hingga 31 Disember 2008
    Jumlah Maksimum Potongan Sebulan: RM 50
  • Kredit Kad RHB Travel Money:
    Jumlah Peratus Potongan: 5% di setiap hujung minggu pertama (Sabtu Dan Ahad) bulan
    2% pada hari-hari biasa
    Tempat: Stesen Minyak di seluruh Malaysia
    Tempoh Promosi: 1 September 2008 hingga 31 Disember 2008
    Jumlah Maksimum Potongan Sebulan: RM 60
  • Kredit Kad Direct Access CIMB:
    Jumlah Peratus Potongan: 2%
    Tempat: Stesen Minyak di seluruh Malaysia
    Tempoh Promosi: 1 Julai 2008 hingga 31 Disember 2008
    Jumlah Maksimum Potongan Sebulan: RM 60
  • November 18, 2008 at 2:01 pm Leave a comment

    Sosial: Kecurangan Isteri di Malaysia Semakin Menjadi

    Gejala kecurangan di kalangan isteri-isteri yang beragama Islam khususnya di Malaysia kini sudah di tahap membimbangkan. Dosa dan balasan azab Allah tidak dihiraukan lagi oleh perempuan-perempuan yang berakhlak syaitan ini. Perlaksanaan hukum hudud perlu dilaksanakan segera sebelum bala Allah akan ditimpakan ke atas orang-orang Islam di Malaysia ini. Hukuman bagi penzina perempuan atau lelaki yang dah berkahwin ialah ditanam separuh badan di tepi simpang tiga atau empat dan direjam batu sampai mati.

    Beberapa kajian telah dibuat oleh intektual tentang kecurangan di Malaysia. Antara faktor utama kecurangan isteri ialah didikan agama yang tidak sempurna dari ibubapa atau mungkin teladan curang yang dilakukan oleh ahli keluarga yang paling terdekat dengan si pelaku. Setengah ibubapa lebih mementingkan kerjaya atau kedudukan kewangan anak mereka daripada tingkahlaku hidup atau akhlak anak-anak mereka. Ada ibubapa tidak kisah ke mana anak perempuan akan dibawa oleh teman lelaki atau tunang. Mereka membiarkan pergaulan bebas anak mereka di depan mata mereka sendiri. Ini masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia. Mereka ini hanya merasa malu apabila anak-anak mereka ditangkap basah oleh pencegah maksiat tetapi mereka tidak merasa malu dengan Allah kerana membiarkan maksiat yang dilakukan oleh anak mereka di depan mata mereka. Apabila anak mereka ini yang sudah biasa dengan kehidupan bebas ala kafir menjadi isteri orang, maka anak perempuan mereka ini tidak segan-segan atau gerun melakukan kecurangan seperti lagak perempuan sundal bila berlaku sahaja tidak kepuasan hati terhadap suami mereka.

    Setengah orang Arab Islam di negara -negara Arab seperti Jordan, tradisi ‘honor killing’ masih diamalkan. Apabila mereka mengetahui anak atau adik perempuan mereka hidup bebas dengan lelaki sebelum kahwin atau curang selepas kahwin, bapa atau adik beradik lelaki si perempuan akan sendiri mencari dan membunuh perempuan tersebut. Pernah berlaku di sebuah negara Arab di mana seorang lelaki telah mendapati adik perempuan melakukan curang terhadap suaminya. Maka dicari dan dikejar adik perempuannya dengan senapang patah dan kepala adik perempuan yang curang ini dikecaikan dengan senapang tersebut.
    Keadaan ini berbeza sekali di Malaysia. Bapa atau adik beradik si isteri curang ini bukan sahaja tidak kisah perlakuan tersebut malah ada di antaranya menyalahkan si suami anak atau adik mereka. Itulah salah satu kehidupan Melayu jahiliyah di Malaysia.

    Oleh itu berhati-hatilah memilih perempuan untuk menjadi isteri. Sekiranya si suami mendapati isterinya melakukan kecurangan, jalan yang terbaik ialah perceraian. Bahkan ramai ulama mewajibkan isteri curang ini diceraikan. Bila ini berlaku, hak penjagaan anak-anak akan dimiliki oleh si suami kerana si isteri curang tidak layak dalam penjagaan anak-anak (hadhanah).

    Isteri curang diklassifikasikan sebagai isteri jahat dan isteri seperti ini dilaknati Allah.

    November 16, 2008 at 3:05 pm Leave a comment

    Sosial: Hukum Kenduri Tahlil Arwah

    Dipetik dari Bahagian Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak.

    Soalan:
    Penjelasan tentang amalan mengadakan kenduri tahlil arwah tidak ada nas dalam Islam?

    Jawapan:
    Majlis Tahlil dan doa Arwah boleh dilakukan dan tidak bertentangan dengan sunnah. Adapun mengadakannya pada masa dan hari-hari tertentu seperti 1,2,3,7,40 dan 100 hari tidak ada nas dan bahkan Bid’ah semata-mata.

    Soalan:

    1) Apakah hukumnya apabila berlaku sesuatu kematian keluarga simati mengadakan kenduri yang dipanggil kenduri arwah ?

    2) Apakah hukumnya apabila berlaku sesuatu kematian keluarga si mati mengadakan kenduri arwah selepas di kebumikan dan di hari-hari yang lain selepas itu.

    Jawapan:

    1) Mengadakan kenduri “ arwah” itu hukumnya harus. Tetapi ia boleh bertukar menjadi haram jika:

    i. makanan itu disediakan semata-mata untuk menjamu orang-orang supaya menangisi kematian seperti adat orang Jahiliyah.

    ii. harta yang digunakan untuk mengadakan kenduri itu diambil dari harta sepeninggalan simati sebelum ia difaraidkan kerana kemungkinan ada hak-hak anak yatim pada harta itu.

    2) Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan kenduri arwah adalah bukan dari ajaran Islam

    November 16, 2008 at 12:05 pm Leave a comment

    Older Posts


    Categories

  • Blogroll

  • Feeds